SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI MONEY MONSTER

“Perubahan terhadap kewangan anda bukanlah sesuatu yang harus ditunggu, tetapi sesuatu yang HARUS DICIPTA!!” – Syed Faiz, PENGASAS MONEY MONSTER


Profile Saya

My Photo
SELAMAT DATANG
Money Monster Syed Faiz, Pengasas kepada kaedah Money Monster yang akan menyediakan jalan terpantas kearah kebebasan kewangan hanya melalui pengurusan kewangan anda sahaja. Untuk info program kami, Sila hantar pertanyaan kepada: moneymonster691@gmail.com Tel: 012 - 2911930
View my complete profile

MM di Facebook

Wednesday, September 15, 2010

postheadericon 10 PERKARA ANDA PERLU ELAKKAN APABILA MEMPUNYAI KREDIT KAD

Bila kita bercakap tentang kredit kad, ramai membuat tanggapan yang salah tentang kredit kad seperti:

  • "Mengapa perlu ada kredit kad? Sedangkan saya boleh beli dengan tunai"
  • "Saya takut nak pakai kredit kad, takut tak boleh kawal"
  • "Saya tak nak bayar annual fees"
  • "Gaji saya tidak cukup untuk mohon kredit kad"

Begitulah kebanyakan mindset dalm 80% rakyat Malaysia. Hasilnya, ramai rakyat Malaysia yang miskin di negara ini menjadi semakin miskin, rakyat Malaysia yang kaya semakin kaya. Apa yang lebih menyedihkan lagi, golongan 80% ini masih ramai tidak tahu apa itu kredit kad, cara menggunakannya dengan baik dan teknik bayaran kredit kad yang berkesan. Dalam 80% Rakyat Malaysia ini jugalah yang menyalahgunakan kredit kad, mengabaikan teknik bayaran yang efektif dan hasilnya mereka menjadi muflis. Jika mereka yang menjadi klien saya, jika mereka mempunyai kredit kad, saya tidak akan menyuruh mereka menutup akaun kredit kad mereka. Jika mereka tiada kredit kad, saya akan minta mereka mempunyai kredit kad, paling minimum adalah 1-2 kad atas sebab yangtertentu.

Di sini saya ingin berkongsi 10 perkara yang anda perlu elakkan apabila mempunyai krediit kad:

  1. Merosakkan Rekod Kredit anda dalam CCRIS/CTOS

    Kenapa? Semua orang tau jika kita mempunyai masalah dalam CCRIS/CTOS, sememamnganya anda mempunyai masalah untuk memohon kemudahan perbankan bukan sahaja sebarang pinjaman tetapi termasuk juga kredit kad. Jika permohonan kredit kad anda tertunggak, ini merupakan punca utama penolakan tersebut. Jika hal ini berlaku, cuba untuk memohon kredit kad yang mempunyai upfront fee atau mempunyai caj annaual fee. Sekurang-kurangnya kita akan mengukir rekod kredit anda dlm Bank Negara, dan seterusnya dapat membantu anda memohon lebih banyak kemudahan perbankan pada masa akan datang.

  2. Memohon jumlah kredit kad/pinjaman yang malampaui batas

    Kenapa? Memohon terlampau banyak kredit kad/pinjaman pada masa yang sama akan merosakkan rekod kredit anda dalam Bank Negara. Persoalannya, berapa banyak yang perlu kita kemukakan? Bruce McLarry dari Clearpoint Credit Solution mengatakan, "Lebih daripada 3 cukup untuk memberi amaran dalam rekod kredit anda". Oleh itu, pilihlah kredit kad/pinjaman yang anda perlukan, dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan anda untuk mengetahui perkhidmatan kad kredit/pinjaman yang terbaik dalam Malaysia pada masa terkini.

  3. Menggunakan kredik kad sehingga kadar maksimum

    Kenapa? Pastikan kadar penggunaan kad kredit anda tidak melebihi 35% daripada kadar yang diberi. Jika kredit limit kad anda RM 10k, penggunaan kredit anda tidaklah melebihi RM 3500. Jika anda menggunakan lebih daripada 50%, ini sudah cukup untuk merosakkan rekod kredit anda.

  4. Terlepas bayaran minimum bulanan

    Kenapa? Kelewatan anda melunaskan bayaran minimum akan menyebabkan 3 perkara: 1) Dikenakan denda kelewatan 2) Meningkatkan jumlah bunga (interest) utuk baki 3) Merosakkan rekod kredit anda di Bank Negara. Melunaskan bayaran pada masa dikehendaki cukup untuk menunjukkan rekod kredit yang positif dan tingkatkan keyakinan peminjam kepada 20%.

  5. Terlampau banyak pinjaman sekunder

    Apa itu pinjaman sekunder? Pinjaman sekunder yang saya maksudkan adalah pinjaman yang anda lakukan di luar bank seperti membeli barangan secara ansuran dan juga easy payment. Pinjaman ini kebanyakan datang daripada 'Bad Debt' berpunca daraipada diri anda sendiri yang tidak dapat menahan keinginan sementara. Jika pinjaman sekunder anda melebihi 50% daripada pendapatan anda, ini akan menyukarkan lagi permohonan kredit kad/pinjaman anda.

  6. Menutup akaun kredit kad yang sedia ada

    Ramai mereka yang dibebani hutang kad kredit yang tinggi, mereka akhirnya menutup seluruh kad kredit akaun yang mereka ada. Ini juga menyebabkan rekod kredit mereka rosak dan akhirnya menyukarkan lagi untuk mereka memohon kad kredit. Daripada melarikan diri daripada hutang, anda perlu berdepan dengannya dan menyelesaikannya.

  7. Kegagalan untuk menyemak penyata bank/kredit

    Ramai orang tidak tahu bilakah tarikh penyata kad kredit mereka bermula dan bila tarikh 'due date' mereka, akhirnya membawa kepada late payment. Selain daripada itu, kegagalan anda menyemak penyata kad kredit atau CCRIs anda menyebabkan anda terpaksa menanggung pembayaran yang anda tidak tahu dari mana punca seperti penipuan atau kecurian identity.

  8. Elak dari menggunakan kredit kad atau memohon pinjaman lain

    Apabila anda memohon kad kredit tidak bermakna anda harus menggunakannya. Menggunakan kad kredit haruslah secara berhemah. Mengambil kad kredit adalah untuk kita mencipta rekod kredit yang pernah kita gunakan. Apabila rekod kita cantik, kita boleh untuk mendapat pinjaman daripada mana-mana bank dengan mudah.

  9. Menjadi penjamin untuk seseorang yang tidak bertanggunjawab

    Berhati-hati ketika menjadi penjamin kepada seseorang. Kalau dia yang dijamin gagal membuat pembayaran yang cantik, ini akan menyebabakan rekod kredit anda juga rosak. Oleh itu, sentiasa berfikir dua kali sebelum menjamin seseorang.

  10. Sentiasa bertukar tempat kerja

Sentiasa bertukar tempat kerja menyebabkan banyak 'inquiry' kepada rekod CTOS/CCRIS anda. Ini memberi gambaran yang negatif kepada pihak bank untuk memberi pinjaman kepada anda. Oleh itu, pastikan anda tidak bertukar tempat kerja dalam tempoh kurang daripada setahun dan pastikan berkhidmat di satu tempat kerja dalam tempoh 2-3 tahun sebelum bertukar.

Wednesday, June 16, 2010

postheadericon ANDA masih PUNYA PELUANG



LAKUKAN PERUBAHAN KERANA ANDA MASIH MEMPUNYAI PELUANG!!



Hari ini, sebenarnya apa yang kita perhatikan tentang krisis kewangan dunia dan dalam Malaysia, semua krisis itu tidak berlaku dengan sendirinya. Ia bukan sesuatu yang berlaku tanpa sebab. Krisis kewangan ini sebenarnya telah datang dari zaman dahulu lagi dan sekarang, ia masih di sini. Hari ini, anda bakal menyaksikan suatu perubahan terbesar pada sistem kewangan dunia dan banyak lagi perubahan yang anda tidak jangkakan. Hari ini, jika anda seorang yang kaya, tidak bermakna anda akan menjadi kaya pada esok hari. Dan juga jika pada hari ini anda seorang yang miskin, tidak bermakna anda tidak boleh menjadi kaya pada esok hari

Oleh itu apa yang harus anda lakukan adalah:


HUKUM PERTAMA:

Pelajari tentang sejarah krisis kewangan dunia


Orang selalu menjauhkan diri daripada mempelajari sejarah. Mereka menyatakan sejarah itu bosan dan sesuatu yang mengantuk. Tetapi sejarah adalah sesuatu yang sangat penting untuk melihat dan bersedia pada masa hadapan. Dengan memahami sejarah sistem kewangan, manipulasi matawang, dan bagaimana bank - bank antarabangsa lebih berkuasa mengawal dunia daripada pihak kerajaan sesebuah negara, akan menjadikan anda seorang yang bijak dalam kewangan daripada orang lain. Kebijaksanaan inilah yang akan memberi anda kuasa untuk ilmu kewangan yang lebih baik dan memberi setiap keputusan yang anda lakukan pada masa akan datang.







postheadericon Terperangkap dalam PERANGKAP KEWANGAN

Tahukah anda bahawa anda sudah lama ' TERPERANGKAP' dalam 'PERANGKAP KEWANGAN'?

Hari ini telah ramai orang datang untuk berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka yang kritikal. Akhirnya melalui kaedah Money Monster, mereka akhirnya berjaya keluar daripada kepompong PERANGKAP KEWANGAN mereka - bebanan hutang kad kredit, pinjaman kereta dan perumahan yang tertunggak, terdesak kerana gaji tidak mencukupi. Mereka kini hidup lebih gembira kerana bebas daripada masalah hutang dan kewangan mereka.

Tetapi dahulu mereka bukan hidup macam ini. Mereka terpaksa menyelesaikan perbelanjaan bulanan mereka melalui penambahan hutang kad kredit, menambahkan jumlah pinjaman peribadi, bermula dengan perniagaan kecil - kecilan, perlaburan yang tidak menguntungkan dan banyak lagi.

Tetapi selepas mereka bertemu dengan kaedah Money Monster, mereka berjaya menyelesaikan masalah bebanan hutang mereka dalam masa setahun dan apa yang lebih menarik, hidup mereka menjadi lebih LUAR BIASA!!!! Kerana mereka telah mempunyai perniagaan sendiri yang sentiasa untung dan apa yang menarik, mereka bermula daripada modal KOSONG!!!

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada anda semua. Berapa lama lagikah

ANDA MAHU TERPERANGKAP DALAM PERANGKAP KEWANGAN INI???!!

Kaunter Hits




Sembang